Sunday, 3 March 2019
Reincarnation
Hai. Assalamualaikum. Lama menyepi blog ni. Last menulis tahun 2016. 3 years later, I'm here now, in this cold morning in Kuala Terengganu, Malaysia. Buat yang masih lagi setia membaca tulisan saya, ucapan terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan. Saya menulis apa yang terlintas di fikiran saya. Saya menulis apa sahaja perkara yang baru sahaja saya belajar. Niat menulis adalah untuk berkongsi.
Jauh saya datang. Posts lama saya dah delete tapi sebelum delete tu, sempat la baca satu dua. Nak recap siapa saya dahulu. Seorang yang mencari. Sekarang pun masih mencari tapi lagi tenang, harapnya.
Currently, saya bekerja sebagai document controller cum clerk di sebuah konsortium yang sedang menjalankan projek untuk salah satu badan swasta di Kuala Terengganu. Jangkaan Mei 2020 akan siap dan diteruskan lagi DLP selama 2 tahun. Jadi, ada lagi dalam 3 tahun saya berada di situ. Saya juga baru sahaja melepasi CUTE, test di bawah kelolaan FIMM, Federation of Investment Managers Malaysia. Saya pilih Public Mutual kerana nama yang telah dibina berpuluh tahun di Malaysia. Jadi, dari segi prestasi tiada yang dapat sangkal lagi.
Tujuan saya memilih untuk jadi consultant sebab saya nak amalkan ilmu yang saya belajar ketika degree dulu. I have Financial Mathematics background. I also interested in financial planning but to get any license as financial planner still not in my plan yet. Maybe later after I successfully purseu my job very well as UT consultant. Antara sebab lain adalah niat nak bantu kewangan orang awam terutamanya bangsa Melayu, nak berikan kesedaran pentingnya merancang kewangan, pentingnya ada ada wang ketika kita bersara dan pentingnya untuk ibu bapa menyediakan dana ppendidikan untuk anak-anak. Sudah tiba masa kita berusaha tanpa mengharapkan bantuan dari badan tertentu.
Memberi kesedaran perancangan kewangan tersangatlah penting. Bukanlah nak ajak orang ramai gilakan duit. Tidak. Tapi bukankah selagi kita hidup, selagi itu banyak perjara kita perlukan kepada wang? Adakah hinggh ke tua kita mahu bekerja semata-mata ingin menampung kos sara hidup yang mana kita sebenarnya boleh sediakan dari awal usia ketika muda?
Mindset kita perlu diubah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment